Zee Variasi

Zee Variasi ialah saluran hiburan Bollywood, yang menyajikan filem, drama, rancangan gosip, berita dan lagu-lagu Bollywood termasuk rancangan makanan. Saluran ini mempunyai sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Saluran ini memulakan siaran pada 31 Ogos 2006 di saluran 74 (kemudian saluran 21, dan 108 sejak Oktober 2007) dan ditamatkan penyiarannya pada 30 September 2016. Tara HD menggantikan saluran ini pada 19 Oktober, namun saluran ini diuruskan oleh Astro sepenuhnya.